Sport

EPL: Pengadil buat Klopp ‘naik darah’

BRENTFORD – Pengendali Li­verpool, Jurgen Klopp mengakui tidak gembira dengan keputusan pengadil perlawanan, Stuart Attwell yang membenarkan gol ketiga Brentford ketika mereka tewas 1-3 pada aksi awal pagi semalam.

OXLADE-CHAMBERLAIN (kiri) meledak gol saguhati buat Liverpool ketika mereka tewas 1-3 menentang Brentford awal pagi semalam. – AFP

Menurut pengurus dari Jerman itu, pengadil gagal untuk mengikuti peraturan yang ditetapkan apabila pemain pertahanannya, Ibrahima Konate ditolak dan terjatuh, namun pengadil mengesahkan jaringan ketiga Brentford menerusi Bryan Mbeumo.

Pada aksi berkenaan, Liverpool ketinggalan dua gol pada babak pertama selepas Konate tertampan bola ke gawang sendiri dan Yoane Wissa melebarkan kedudukan, namun The Reds cuba merapatkan kedudukan menerusi Alex Oxlade-Chamberlain sebelum Mbeumo ‘membunuh’ harapan itu.

“Sudah pasti kami tidak bermain dengan baik, tetapi mereka (Brentford) tidak mengikuti pe­raturan yang telah ditetapkan, mereka menekan, menarik dan melakukan apa sahaja, namun pengadil tidak dapat mengesannya,” katanya.

Ketika ditanya sama ada dia mengharapkan pengadil mengesan kesalahan berkenaan yang dilakukan pemain Brentford, Klopp menolaknya dan tidak mengharapkan pasukannya diberikan kelebihan.

“Kami mengadakan pertemuan sebelum musim bermula dan mereka telah memberitahu mengenai kesalahan di dalam kotak penalti yang membolehkan pengadil menghentikan perlawanan, namun malangnya ia tidak berlaku.

“Saya tidak mengharapkan pengadil memihak kepada Li­verpool, saya cuma fikir ia adalah satu kesalahan, menarik dan menolak pemain lawan, adakalanya dibenarkan tetapi sesetengahnya melibatkan kesalahan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Klopp meng­akui mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada persembahan pasukannya itu dan perlu menyalahkan diri sendiri ekoran kekalahan berkenaan, namun beliau masih tidak boleh menerima jaringan ketiga Brentford ber­kenaan. – AGENSI

Source: kosmo.com.my

Related Posts

‘Insane’ Tiger Woods Accusation From Open Championship Commentator Leaves Fans Demanding Punishment

Tiger Woods has been a major talking point ahead of the 2024 Open Championship at Royal Troon, with former pros and pundits alike questioning the 48 year old’s…

Rory McIlroy shot leaves golf fans in awe after using his club backwards at BMW PGA

Rory McIlroy is back in action at this week’s BMW PGA Championship at Wentworth, and he showed why he is one of the world’s best players when using…

LIV Golf stars discover Ryder Cup fate as PGA explain controversial decision

The PGA of America have explained that LIV Golf players will be able to compete on Team USA at next year’s Ryder Cup where they will host the…

“Shirtless” Tiger Woods Impressed Mark O’Meara & Friend Once With His Surprising Display of Talent

What do you think about the bond between Tiger Woods and Mark O’Meara? O’Meara calls him “little brother” meanwhile they have also played alongside him for years. While…

Scottie Scheffler follows in Tiger Woods’ footsteps after caddie decision

Masters champion Scottie Scheffler has won more than $62 million in prize money alone this year – with his caddie Ted Scott needing an accountant due to his…

Rory McIlroy Ends Alleged Beef With Tiger Woods by Protecting Him From ‘Greed’ Allegations

The golf world has no shortage of topsy-turvy news right now, especially with the $3B merger looming over. As the PGA Tour-PIF merger talks have taken a contentious…